Terengganu mahu bantu usahawan berpotensi jadi jutawan
Apr 21, 2016 | 05:30 AM
KUALA TERENGGANU: Daripada sekitar 22,000 usahawan yang berdaftar di Terengganu, kira-kira 800 berpotensi menjadi jutawan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Encik Roslee Daud, berkata jutawan yang berpotensi ini akan diberi sokongan dan bimbingan agar terus cemerlang dalam perniagaan mereka.