Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terengganu tutup tiga lagi sekolah

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA TERENGGANU: Tiga lagi sekolah rendah diarah tutup selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga 31 Januari ekorang beberapa kakitangan sekolah itu disahkan positif Covid-19.



Sekolah-sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dan Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua di kawasan Kuala Terengganu, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Apit di Hulu Terengganu.



Pengarah Pendidikan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi mencegah penyebaran pandemik itu di sekolah-sekolah terbabit.



"Penutupan sementara sekolah-sekolah tersebut diarahkan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk membendung penyakit dari merebak.



" Dalam hal ini, semua aktiviti sekolah harus ditangguhkan," kata beliau sewaktu dihubungi Bernama kelmarin.



Baru-baru ini, 12 sekolah di Kuala Terengganu diarah tutup, iaitu Sekolah Kebangsaan Kesom, Sekolah Kebangsaan Bukit Petti, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Sekolah Kebangsaan Manir dan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam.



Turut menerima arahan serupa adalah Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh, Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Paloh. - Bernama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >