JAKARTA: Lapangan terbang utama yang berkhidmat bagi ibu kota Indonesia, Jakarta, membuka terminal barunya semalam yang akan membolehkan hab penerbangan sibuk itu menangani puluhan juta penumpang setahun.
Jumlah penumpang penerbangan semakin meningkat di Indonesia - negara kepulauan terbesar di dunia dan ekonomi utama Asia Tenggara - kerana lebih ramai daripada golongan pertengahan memilih untuk menaiki pesawat, namun prasarana yang semakin menua menghadapi cabaran untuk bersaing.