HARI ini kami tampilkan lagi video Ceritalah Indonesia, yang dihasilkan oleh Karim Raslan, seorang pemerhati politik Indonesia.
Kali ini ia memaparkan episod kedua bahagian kedua mengenai Aceh.
Ia mengisahkan pertemuan dengan Bulqaini, pengamal media tempatan yang menjelaskan potensi sektor pelancongan di Aceh yang belum dimanfaatkan.
Karim meninggalkan Aceh amat kagum dengan keindahan Aceh dan yakin penduduknya sedang melangkah kehadapan.
Namun begitu, beliau juga diingatkan tentang kuasa Alam yang mampu menghancurkan, dan juga untuk mencipta kehidupan.
Karim Raslan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRA Group, sebuah firma perundingan.
Siri Ceritalah Indonesia adalah berdasarkan tulisan-tulisan beliau yang telah diterjemahkan semula dalam bentuk esei visual dan diarahkan Tony Trimarsanto dan diterbitkan Mariza Hamid.
Sebagai peguam terlatih Universiti Cambridge, kolumnis dan penulis, Karim Raslan mempunyai pemahaman mendalam dalam bidang perniagaan dan politik di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Para pembaca BH boleh menonton siri dokumentari Ceritalah Indonesia ini di laman web BeritaHarian.sg secara percuma.
Ikuti pengembaraan Karim Raslan seterusnya.