Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS teroka tindak balas jika Russia guna senjata kimia

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



BRUSSELS: Rumah Putih telah mengumpulkan satu pasukan pegawai keselamatan negara untuk melakarkan senario bagaimana Amerika Syarikat dan sekutunya harus bertindak balas jika Presiden Russia, Encik Vladimir Putin - kecewa dengan tiadanya kemajuannya di Ukraine, atau sebagai memberi amaran kepada negara Barat agar tidak campur tangan dalam perang - melepaskan simpanan senjata kimia, biologi atau nuklearnya.



Kumpulan yang dikenali sebagai The Tiger Team, juga sedang meneliti respons jika Encik Putin menyerang konvoi di wilayah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang membawa senjata dan bantuan ke Ukraine, menurut beberapa pegawai yang terlibat dalam proses itu.



Bertemu tiga kali seminggu, dalam sesi rahsia, pasukan itu juga meneliti tindak balas jika Russia mahu meluaskan perang ke negara jiran lain, termasuk Moldova dan Georgia, dan bagaimana untuk mempersiapkan negara Eropah bagi krisis pelarian dalam skala yang tidak pernah dilihat sejak berdekad lamanya.



Langkah tersebut dijangka menjadi antara isu utama pada sesi luar biasa Nato di Brussels semalam, apabila Presiden Amerika, Encik Joe Biden, bertemu dengan pemimpin 29 negara Nato lain, yang akan bertemu buat kali pertama secara tertutup sejak Encik Putin menyerang Ukraine.



Hanya sebulan lalu, senario sedemikian kelihatan lebih pada teori. Namun hari ini, dari Rumah Putih ke ibu pejabat Nato di Brussels, satu penilaian telah ditetapkan bahawa Russia mungkin beralih kepada senjata paling berkuasa dalam simpanannya untuk menyelamatkan dirinya daripada kebuntuan perang di Ukraine.



Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, menegaskan usaha segera untuk perlu bersedia, bahawa walaupun Russia menggunakan senjata pemusnah besar-besaran di Ukraine, ia mungkin mempunyai "akibat buruk" kepada penduduk di negara Nato. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >