Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terperangkap dalam gua: Kumpulan budak keluar hospital minggu depan

Jul 14, 2018 | 04:19 PM



CHIANG RAI - Kumpulan 12 budak  lelaki Thai yang diselamatkan dari sebuah gua di utara Thailand akan keluar hospital minggu depan, kata Menteri Kesihatan Piyasakol Sakolsatayadorn pada Sabtu (14 Julai).



Kumpulan terakhir pasukan bola sepak  'Wild Boars' 12 anggota dan jurulatih mereka dibawa keluar dari gua Tham Luang, dekat sempadan Myanmar pada Selasa malam dengan selamat, menamatkan operasi menyelamat berbahaya dan menarik bantuan dan kegembiraan antarabangsa.



Kumpulan 12 budak dan jurulatih mereka beransur pulih dari segi fizikal dan mental dan akan keluar dari hospital pada Khamis, 19 Julai, kata Encik Piyasakol kepada pemberita.



"Kami perlu menyediakan budak-budak itu dan keluarga mereka menghadapi perhatian yang akan mereka terima apabila mereka keluar," katanya.



Dalam video yang dimainkan semasa sidang akhbar pada Sabtu (14 Julai), mereka kelihatan sihat, duduk di katil, dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat mereka.



"Saya sihat sekarang," kata salah seorang budak lelaki itu, diberi nama Note, 14 tahun.



"Terima kasih kerana menyelamatkan kami," kata budak lelaki berusia 11-16 tahun, dan jurulatih berusia 25 tahun. Mereka mahu meneroka kompleks gua selama kira-kira sejam selepas latihan bola sepak pada 23 Jun, tetapi hujan lebat membanjiri terowong dan memerangkap mereka.



Dua penyelam British menemui mereka pada 2 Julai, berjongkok di tempat berbukit  sebuah ruang gua yang banjir beberapa kilometer dalam kompleks itu.



Masalahnya ialah bagaimana membawa mereka keluar dengan sebahagian terowong diliputi banjir sepenuhnya.



Kesemua 13 berjaya diselamatkan dalam operasi yang melibatkan Angkatan Laut Thai Seal dan pasukan pakar penyelam gua antarabangsa.



Encik Piyasakol memberitahu pemberita bahawa kesihatan semua 13 telah bertambah baik. Ada yang mengalami pneumonia ketika dibawa keluar dari gua tetapi beransur pulih, katanya.



Semua akan keluar hospital di bandar utara Chiang Rai pada Khamis ini, katanya. -- Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >