Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS terus jatuhkan bantuan dari udara ke utara Gaza

Jun 10, 2024 | 2:51 PM
Penduduk Palestin di Gaza amat memerlukan bantuan kemanusiaan lebih-lebih lagi makanan akibat  penyaluran bantuan tersekat dan masalah kebuluran yang melanda di wilayah itu.
Penduduk Palestin di Gaza amat memerlukan bantuan kemanusiaan lebih-lebih lagi makanan akibat penyaluran bantuan tersekat dan masalah kebuluran yang melanda di wilayah itu. - Foto AFP

WASHINGTON: Sebuah pesawat kargo Amerika Syarikat telah menjatuhkan lebih 10 tan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza pada 9 Jun, kata tentera Amerika, selepas penggantungan penghantaran sedemikian kerana operasi ketenteraan Israel di wilayah itu.

Penduduk Gaza sangat memerlukan bantuan kemanusiaan selepas lapan bulan konflik melanda yang telah memusnahkan Gaza dan Amerika beralih menyampaikannya melalui udara dan laut ketika Israel menangguhkan kemasukan bantuan melalui darat.

Bantuan yang dijatuhkan melalui udara itu memberikan “bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa di utara Gaza”, kata Komando Pusat Amerika (Centcom) dalam satu kenyataan.

“Sehingga kini, Amerika telah menggugurkan lebih 1,050 tan bantuan kemanusiaan” sebagai tambahan kepada bantuan yang dihantar melalui dermaga sementara yang dibina di pantai Gaza, katanya.

“Bantuan menerusi udara ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan, dan kami terus merancang penghantaran udara susulan,” tambah Centcom.

Pentagon berkata pada akhir Mei bahawa faktor termasuk operasi Israel dan keadaan cuaca mempengaruhi pengiriman bantuan, manakala timbalan komander Centcom Naib Laksamana Brad Cooper berkata pada 7 Jun bahawa pengiriman bantuan telah “digantung kerana operasi ketenteraan yang berlaku di utara” tetapi dijangka disambung semula tidak lama lagi.

Usaha menjatuhkan bantuan menerusi udara terbaru berlaku sehari selepas penghantaran bantuan dimulakan semula melalui dermaga, yang rosak akibat cuaca buruk pada Mei dan terpaksa dibaiki di pelabuhan berdekatan sebelum dipasang semula ke pantai.

Perang meletus selepas Hamas melancarkan serangan mengejut di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh sekitar 1,200 orang dan lebih 240 yang lain ditahan sebagai tebusan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg