Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thai terima mantan presiden Sri Lanka atas dasar hubungan baik dua negara

Aug 13, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Mantan presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, tiba di Bangkok kelmarin untuk tinggal sementara waktu, seperti yang dikatakan oleh pihak berkuasa Thailand, selepas beberapa minggu berada di Singapura setelah digulingkan pada pertengahan Julai lalu.



Beliau tiba di Lapangan Terbang Don Mueang sekitar 8 malam kelmarin bersama isteri, dan mereka dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam kira-kira 40 minit kemudian.



Encik Rajapaksa dan isteri berlepas dari Singapura petang kelmarin melalui Lapangan Terbang Seletar dengan sebuah pesawat yang disewa khas.



Beliau tiba di Bangkok pada hari bersamaan tamat tempoh visanya.



Mantan presiden berusia 73 tahun itu melarikan diri ekoran bantahan yang berlarutan beberapa bulan gara-gara krisis ekonomi paling buruk yang melanda Sri Lanka hingga hampir melumpuhkan bekalan makanan, minyak dan ubat-ubatan.



Beliau tiba di Singapura pada 14 Julai lalu dan diberi visa sementara selama 14 hari dan kemudian dilanjutkan hingga 11 Julai, menurut laporan awal akhbar The Straits Times.



Ketibaannya di Bangkok itu merupakan persinggahan kedua di Asia Tenggara apabila Encik Rajapaksa cuba mendapatkan perlindungan daripada keresahan politik di negaranya.



Thailand menerima permintaan daripada pemerintah Sri Lanka yang baru supaya membenarkan mantan presiden itu memasuki negara gajah putih itu, kata Encik Tanee Sangrat, ketua pengarah Jabatan Penerangan Thailand dan jurucakap kementerian ehwal luar, pada Rabu lalu.



Pertimbangan terhadap permintaan itu dibuat atas dasar hubungan baik yang sudah lama terjalin antara Thailand dan Sri Lanka, katanya.



Sebagai pemegang pasport diplomatik Sri Lanka, Encik Rajapaksa boleh masuk ke Thailand tanpa visa selama 90 hari.



"Persinggahan itu berbentuk sementara dengan tujuan untuk meneruskan perjalanan ke tempat lain. Tidak ada permintaan suaka yang dimintanya," ujar Encik Tanee.



Kedua-dua negara juga tidak ada perjanjian ekstradisi.



Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, berkata kebenaran untuk berada di negara itu adalah atas "dasar perikemanusiaan".



Mantan presiden itu juga berjanji tidak akan melakukan sebarang kegiatan politik sepanjang keberadaannya sementara cuba mendapatkan suaka dari negara ketiga.



Pada 14 Julai lalu, Encik Rajapaksa melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, kemudian mengumumkan peletakan jawatan setibanya di Lapangan Terbang Changi.



Pihak berkuasa Singapura mengatakan, mantan presiden itu dibenarkan masuk ke Singapura sebagai pelawat persendirian dan tidak meminta dan tidak pula diberi perlindungan suaka.



Pengganti beliau, Encik Ranil Wickremesinghe, mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden Sri Lanka pada 15 Julai dengan disokong oleh para anggota parlimen dari parti pimpinan Encik Rajapaksa.



Encik Wickremesinghe berjanji untuk meluluskan undang-undang bagi membataskan kuasa presiden - salah satu tuntutan penting para penunjuk perasaan.



Beliau juga telah mengisytiharkan perintah darurat yang membawa kepada banyak tangkapan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan serta pertubuhan-pertubuhan di negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >