Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand lanjut larangan penerbangan hingga akhir April

Apr 15, 2020 | 5:57 PM
LENGANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok berkelihatan hampir kosong pada 6 April 2020. FOTO: REUTERS.
LENGANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok berkelihatan hampir kosong pada 6 April 2020. FOTO: REUTERS. -

BANGKOK: Thailand telah melanjutkan larangan atas penerbangan penumpang yang akan mendarat di negara itu hingga akhir bulan April untuk menyekat penularan wabak koronavirus, kata badan penerbangan negara itu hari ini.

Larangan itu pertama kali diputuskan pada 4 April dan Penguasa Penerbangan Sivil Thailand juga sudah memanjangkan tempoh larangan itu hingga 18 April.

Hari ini, Thailand menyaksikan lagi 30 kes jangkitan koronavirus baru dan lagi dua orang terkorban.

Daripada kes-kes baru itu, 19 kes mempunyai kaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini manakala tiga tidak mempunyai kaitan dengan kes lain, kata Encik Taweesin Wisanuyothin, seorang jurucakap Pusat pemerintah bagi Pentadbiran Keadaan Covid-19. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg