BANGKOK: Thailand mahu diadakan perbincangan dua hala dan serantau mengenai jerebu selepas masalah akibat pembakaran terbuka di Indonesia kini menjejas selatan negara itu termasuk kawasan pelancongan Phuket dan Hatyai.
"Memandangkan masalah kali ini lebih serius berbanding sebelumnya, saya sudah mengarahkan pegawai di Kementerian Luar berbincang dengan negara punca masalah ini dan bagaimana mereka boleh menanganinya," kata Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha.