BANGKOK: Thailand akan memulakan fasa klinikal vaksin COVID-19 selepas ujian ke atas monyet dan tikus menghasilkan keputusan memuaskan.
Ketua penyelidik Pusat Kecemerlangan dalam Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin, Universiti Chulalongkorn, Dr Kiat Ruxrungtham, berkata ujian pertama dijadualkan September ini.
“Kami harap vaksin ini mampu menghasilkan antibodi dalam tubuh manusia, sama seperti yang terhasil pada monyet dan tikus yang diuji.
“Jika percubaan ini berjaya, Thailand bakal memiliki vaksin sendiri menjelang separuh kedua 2021,” katanya semasa satu taklimat di Bangkok hari ini.
Kata Dr Kiat, vaksin itu mungkin mendapat kelulusan penggunaan kecemasan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), yang mengecualikannya daripada ujian tahap ketiga dan terakhir.
Vaksin dihasilkan Universiti Chulalongkorn menggunakan teknologi mRNA, yang menjimatkan kos dan sesuai bagi penghasilan skala besar.-Agensi
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
Thailand mula fasa klinikal vaksin COVID-19 September ini
Jul 12, 2020 | 06:38 PM