Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand rancang batal perintah kuarantin bagi 10 negara termasuk SG masuki negara itu

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



BANGKOK: Thailand merancang membatalkan perintah kuarantin untuk pengunjung asing yang tiba menerusi perjalanan udara dari sekurang-kurangnya 10 negara berisiko rendah, termasuk Singapura, mulai 1 November ini.



Ia dilakukan dengan harapan dapat kembali membangunkan sektor pelancongan negara itu yang teruk terjejas.



Berucap dalam satu siaran televisyen, Perdana Menteri, Encik Prayut Chan-o-cha berkata, beliau telah meminta Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan Kementerian Kesihatan Awam (MPH) untuk "mempertimbang dengan segera" dalam masa minggu ini bagi membenarkan pengunjung yang telah divaksinasi sepenuhnya dari negara-negara "berisiko rendah" untuk memasuki Thailand tanpa perlu dikuarantin.



"Selepas itu, mereka boleh bergerak bebas di serata Thailand serupa yang dilakukan warga Thai," kata Encik Prayut.



Kes harian jangkitan dan kematian Covid-19 di Thailand terus merosot, dengan negara itu menghadapi lebih 1.7 juta jangkitan dan lebih 17,600 kematian sejauh ini.



Thailand dilaporkan bersedia membuka lima lagi destinasi pelancongan bulan depan, sekiranya tiada kluster baharu Covid-19 direkodkan di kawasan tertentu.



Kawasan itu meliputi Bangkok, Chiang Mai (daerah Muang, Mae Rim, Mae Taeng dan Doi Tao), Prachuap Khiri Khan (daerah Hua Hin), Phetchaburi (daerah Cha-am) dan Chon Buri (daerah Pattaya, Bang Lamung dan Sattahip).



Jurucakap kerajaan Thailand, Encik Thanakorn Wangboonkongchana berkata, Bangkok mempunyai kebimbangan khusus terhadap pihak berkuasa memandangkan ia pintu masuk utama negara.



Katanya, meskipun pelancong cenderung ke laut atau kawasan pergunungan, kebanyakan mereka perlu mengunjungi Bangkok sekurang-kurangnya sekali.



Ibu negara Thailand itu menjadi pusat penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19, dengan merekodkan angka tertinggi kes baharu dan kematian.



Bagaimanapun, jumlah kes terbaharu di seluruh negara merekodkan penyusutan di bawah paras 10,000 kes setiap hari sejak kebelakangan ini dan berupaya ditampung sistem perkhidmatan kesihatan negara terbabit.



Thailand telah dikeluarkan daripada senarai merah pelancongan Covid-19 United Kingdom (UK), sekali gus memberi sinar baharu kepada industri berkenaan selari pembukaan lebih banyak kawasan mulai 1 November depan.



Menurutnya, jumlah negara dalam senarai merah itu akan dikurangkan daripada 54 kepada hanya tujuh, termasuk Thailand.



"Keputusan UK untuk melonggarkan sekatan perjalanan bakal memberi manfaat kepada orang ramai yang ingin memasuki Thailand atas pelbagai tujuan.



"Ini juga bakal menjadi cerminan ke arah kehidupan norma baharu," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >