Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Thailand siap terima pelawat dari 46 negara tanpa dikuarantin mulai 1 Nov

Oct 23, 2021 | 05:30 AM

BANGKOK: Thailand bakal menyambut ketibaan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19, dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Singapura yang akan dikecualikan menjalani kuarantin mulai 1 November ini.

Pelawat dari negara dan wilayah yang dikecualikan kuarantin wajib termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat, dan Britain.

Perdana Menteri, Encik Prayuth Chan o-cha, berkata sebelum ini hanya 10 negara dimasukkan ke dalam senarai negara dan wilayah berisiko rendah, tetapi kini sudah bertambah kepada 46 negara.

"Kita perlu bertindak lebih pantas. Jika kita menunggu sehingga semuanya sempurna, kita mungkin sudah terlambat. Pelancong boleh memutuskan berkunjung ke negara lain," kata Encik Prayuth menerusi laman Facebook rasminya pada lewat malam kelmarin.

Awal bulan ini, Encik Prayuth berkata pelan membuka semula pintu negara untuk negara-negara berisiko rendah adalah "langkah pertama yang penting" bagi menjana kembali punca pendapatan.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) akan memuktamadkan senarai negara dan wilayah.

Senarai itu akan dikemas kini pada 1 Disember dan 1 Januari.

Di bawah pengaturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap vaksinasi yang tiba menerusi perkhidmatan udara dan diuji negatif Covid-19 bebas mengunjungi provinsi lain di negara ini.

Menurut Kementerian Luar Thailand, pelawat mesti lengkap divaksin, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum melakukan perjalanan.

Mereka mesti tinggal di negara dan wilayah yang layak sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut.

Sebelum pandemik Covid-19, Thailand menarik hampir 40 juta pelawat dengan sektor pelancongan menyumbang hampir 20 peratus kepada pendapatan negara.

Tahun lalu, Thailand kehilangan kira-kira AS$50 bilion ($67.26 bilion) pendapatan hasil pelancongan berikutan kemasukan pelancong asing merosot 83 peratus menjadi 6.7 juta.

Encik Prayut sebelum ini dilaporkan berkata kira-kira 70 peratus populasi Thailand perlu divaksin awal tahun depan, sebelum kerajaan membuka kembali sepenuhnya sempadan negara.

Sehingga kini, hampir 40 peratus rakyat Thailand sudah menerima dua dos lengkap vaksin.

Thailand juga mencatat kira-kira 10,000 kes sehari dengan sebahagian besarnya penularannya disebabkan varian Delta.

Secara keseluruhan, Thailand merekodkan lebih 1.8 juta kes dengan 18,559 kematian. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3