Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand terima 1j pelancong China

May 28, 2023 | 03:25 PM



BANGKOK: Thailand merekodkan kemasukan sejuta pelancong China, sejurus sempadan republik itu dibuka semula dari Januari hingga 18 Mei lalu.


Jurucakap kerajaan, Encik Anucha Burapachaisri berkata, Thailand yakin mampu mencapai sasaran seramai lima juta pelancong China tahun ini, membabitkan perbelanjaan bernilai 446 bilion baht ($17 bilion).

Kira-kira 274,000 pelancong China melawat Thailand tahun lalu, berbanding 11 juta pada 2019, atau hampir 28 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing direkodkan seramai 9.47 juta antara Januari hingga pertengahan Mei lalu, berbanding 11.15 juta pengembara sepanjang 2022.

Ekonomi Thailand berkembang lebih cepat berbanding jangkaan pada suku pertama, didorong peningkatan berterusan sektor pelancongan penting yang juga sumber utama pekerjaan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sejak pembukaan pintu sempadan selepas Covid-19, kehadiran pelancong China di seluruh dunia dijangka meningkatkan sektor pelancongan global, menurut pemimpin industri.

Perjalanan ketika musim panas dijangka mengembalikan trafik syarikat penerbangan yang kali terakhir dilihat ketika sebelum penularan pandemik berkenaan iaitu pada Disember 2019.

Seorang eksekutif berkata, pelancong China yang berbelanja akan memainkan peranan penting untuk membangkitkan serta memberi tekanan kepada sektor itu.

Kumpulan hotel Accor meramalkan jutaan pelancong China akan meningkatkan tabung industri itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Eksekutif Qatar Airways, Akhbar Al-Baker berkata semua pesawatnya dalam kapasiti penuh ketika meninggalkan China.

“Bukan saja mereka sanggup membayar tambang yang saya minta kerana kekurangan kapasiti yang tersedia untuk mereka, tetapi jumlah wang yang mereka belanjakan di kedai bebas cukai kami di lapangan terbang (Doha) adalah lebih daripada warganegara lain,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >