Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tharman antara nama yang disenaraikan untuk ketuai IMF

Jul 04, 2019 | 11:32 AM



MENTERI Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam merupakan antara nama yang disebut dalam senarai awal menggantikan Cik Christine Lagarde, Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).



Cik Lagarde bakal mengambil alih Encik Mario Draghi sebagai presiden Bank Pusat Eropa.



Selama bertahun, jawatan ketua IMF diberikan kepada orang Eropa namun terdapat saranan mengubah trend itu untuk mencerminkan pengaruh Asia yang semakin meningkat dalam ekonomi global.



Antara nama-nama yang telah diketengahkan sebagai pengganti Cik Lagarde termasuk Encik Tharman, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Kewangan Antarabangsa (International Monetary and Financial Committee); timbalan pengarah pengurusan dana kewangan, Encik Agustin Carstens; dan bekas ketua eksekutif Pimco, Encik Mohamed El-Erian.



Peralihan kuasa yang dijangkakan di IMF berlatarbelakangkan kelembapan ekonomi dan peningkatan proteksionisme di tengah-tengah perang perdagangan Presiden Donald Trump. 



Pengarah IMF seterusnya akan perlu menghadapi masalah ekonomi di Argentina, Venezuela dan Turki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >