Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada akses mudah ke pasaran EU buat Britain

eu
Jun 30, 2016 | 08:28 AM



BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersetuju pada Rabu (29 Jun) bahawa Britain tidak boleh mempunyai akses ke pasaran tunggal itu selepas ia meninggalkannya tanpa menerima peraturan pergerakan bebas blok tersebut, kata Presiden EU, Encik Donald Tusk.



"Tidak akan ada a la carte (sajian pilihan) pasaran tunggal," katanya dalam satu sidang media di Brussels selepas 27 pemimpin itu bertemu tanpa Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron.



"Pemimpin (EU) menyatakan dengan jelas hari ini bahawa akses ke pasaran tunggal memerlukan penerimaan semua empat kebebasan," katanya.



Empat kebebasan itu merujuk kepada pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, modal dan rakyat.



Sejak pungutan suara Brexit Khamis lalu, pemimpin EU telah memberitahu Britain supaya keluar blok tersebut segera dan Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, memberi amaran London tidak boleh "memilih" syarat-syarat rundingan untuk keluar.



Pemimpin EU seramai 27 orang itu akan mengadakan sidang puncak - tanpa Britain - di Bratislava pada 16 Sep bagi membincangkan lebih lanjut kesan keputusan Britain meninggalkan blok tersebut, kata Encik Tusk.



Sidang puncak itu akan diadakan hanya beberapa hari selepas parti Konservatif Britain dijadualkan memilih pada 9 Sep pengganti Encik Cameron, yang meletak jawatan Jumaat lalu selepas negaranya mengundi dalam pungutan suara itu untuk meninggalkan EU.



Encik Tusk menegaskan rundingan mengenai hubungan masa depan Britain dengan EU tidak boleh dimulakan sehingga Britain secara rasmi mencetuskan proses dua tahun untuk membawa kepada perceraian mereka.



Namun, Encik Cameron telah berkata itu tugas penggantinya, dan semasa bercakap di Parlimen Britain pada Rabu, mencadangkan penggantinya boleh memulakan rundingan sebelum proses itu dicetuskan Britain.



Sementara itu, Menteri Pertama Scotland, Cik Nicola Sturgeon, yang bertekad memastikan negaranya kekal dalam EU, berada di Brussels pada Rabu dalam rangka lawatan dengan notis singkat untuk bertemu para pegawai blok itu, termasuk Presiden Suruhanjaya Eropah, Encik Jean-Claude Juncker.



Selepas bertemu Presiden Parlimen Eropah, Encik Martin Schulz, pemimpin prokemerdekaan itu memberitahu pemberita: "Scotland berazam kekal dalam Kesatuan Eropah." - AFP, Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >