Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Tiada bukti pesawat Russia ditembak jatuh di Mesir oleh ISIS

Dunia
28
0

Tiada bukti pesawat Russia ditembak jatuh di Mesir oleh ISIS

Nov 03, 2015 | 12:58 PM

PENGARAH Risikan Negara Amerika, Encik James Clapper, berkata pada Isnin (2 Nov) beliau tiada bukti langsung bahawa pengganasan punca sebuah pesawat penumpang Russia terhempas di Mesir hujung minggu lalu.

Bercakap pada sebuah sidang pertahanan di Washington, beliau berkata "tidak mungkin" kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mempunyai keupayaan melaksana serangan itu, tetapi menambah: "Saya tidak akan menolaknya."

"Kami masih tidak mempunyai sembarang bukti langsung mengenai pelibatan pengganas," katanya.

Kahirah dan Moscow tidak membesar-besarkan dakwaan ISIS cawangan Mesir bahawa ia telah menembak jatuh pesawat itu pada Sabtu (31 Okt), menyebabkan semua 224 penumpang dan kru terkorban.

"ISIL mengaku bertanggungjawab," kata Clapper, menggunakan singkatan alternatif bagi ISIS, "tetapi kita benar-benar tidak tahu apakah ia terlibat."

Para pegawai lain Amerika juga berkata terlalu awal untuk mengaitkan nahas itu dengan ISIS.

Jurucakap Jabatan Negara, Cik Elizabeth Trudeau, berkata "kami tidak melihat ada laporan yang akan menyokong" gagasan bahawa pesawat itu dijatuhkan oleh ISIS.

Seorang pegawai pertahanan Amerika juga berkata beliau tidak percaya ia ditembak jatuh oleh ISIS, sambah menambah bahawa peluru berpandu berkeupayaan menembak jatuh pesawat pada ketinggian tinggi dimiliki oleh "pelaku negara".

Syarikat penerbangan Russia itu berkata pesawat Airbus 321 tersebut terhempas disebabkan faktor "luaran" dan "tiada kerosakan teknikal" boleh menjelaskan mengapa ia pecah di udara. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3