NAHAS PENERBANGAN EGYPTAIR MS804
Tiada isu teknikal sebelum berlepas
Pesawat hantar 11 mesej sebelum hilang
May 26, 2016 | 05:30 AM
KAHIRAH: Pesawat EgyptAir tidak menunjukkan sebarang isu teknikal sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, demikian menurut buku log teknikal pesawat yang ditandatangani juruterbang sebelum penerbangan.
Ia antara kandungan buku log yang disiarkan akhbar nasional Mesir, Al-Ahram, dalam versi laman webnya, lewat semalam.