Tiada kenyataan bersama pemimpin Apec, berlatar sengketa Amerika-China, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Tiada kenyataan bersama pemimpin Apec, berlatar sengketa Amerika-China

Nov 18, 2018 | 07:30 PM

PORT MORESBY: Pemimpin ekonomi Asia-Pasifik gagal mencapai persetujuan tentang kenyataan rasmi untuk menggulung sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec pada Ahad (18 November), dengan sengketa antara Amerika Syarikat dengan China mempengaruhi perhimpunan tahunan itu.

“Anda tahulah, dua gergasi besar di bilik ini,” kata Perdana Menteri Papua New Guinea Encik Peter O’Neill, di sidang berita penutup, apabila diminta mengenal pasti anggota Apec yang tidak dapat mencapai persefahaman.

Ditanya tentang isu utama yang menyekat kenyataan persefahaman itu, Encik O’Neill berkata:

“Pertubuhan Perdagangan Dunia dan perubahan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia,” tapi beliau menambah perkara itu diluar bidang tumpuan Apec.

Pemimpin Apec yang tidak berpendapat tidak terhad kepada Amerika dan China sahaja, kata Encik O’Neill, menjawab soalan beberapa wartawan yang mengekorinya keluar selepas sidang berita berakhir, di mana beliau enggan menjawab soalan. “Ada anggota lain yang  meluahkan pendapat tentang perubahan kepada WTO,” katanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam hujahnya bagi menutup forum, Encik O’Neill berkata kumpulan itu sedang berusaha memastikan perdagangan ‘bebas dan terbuka’ sehingga 2020.

Ini adalah kali pertama forum 21 anggota itu gagal mencapai persetujuan berkenaan kenyataan bersama pemimpin dalam sejarahnya. Pengisytiharaan Pemimpin telah diterbitkan di akhir setiap pertemuan pemimpin Apec, sejak sidang puncak pertama pada 1993.  

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map