KES PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG
Tiada kes baru mangsa pencemaran dilapor di Pasir Gudang
Jun 26, 2019 | 05:30 AM
JOHOR BARU: Tiada kes baru mangsa terjejas akibat pencemaran udara di Taman Mawar, Pasir Gudang, hingga tengah hari semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Encik Mohd Khuzzan Abu Bakar.
Beliau juga berkata berbeza daripada kejadian pencemaran toksik Sungai Kim Kim Mac lalu, kebanyakan mangsa mengalami gangguan kesihatan ringan kali ini.