AS tidak lagi kumpul data telefon bagi pengintipan
Jun 04, 2015 | 05:30 AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, telah menandatangani satu undang-udangan penting yang menghentikan usaha pengumpulan data telefon oleh pemerintah bagi tujuan pengintipan.
Langkah itu bertujuan menarik balik dasar yang telah dikuatkuasakan sejak serangan pengganas ke atas Amerika pada 11 September 2001.