Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tidak realistik jangka Covid-19 berakhir tahun ini: WHO

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kelmarin bahawa ia tidak realistik untuk mempunyai pemikiran bahawa dunia ini tidak lagi perlu berdepan dengan Covid-19 menjelang akhir tahun ini.



Namun, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata tragedi berkenaan krisis pandemik itu mungkin boleh dihapuskan dengan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian.



Virus itu bagaimanapun kekal di bawah kawalan, tambahnya, lebih-lebih lagi memandangkan jumlah kes baru global meningkat minggu lalu setelah merosot buat enam minggu berturut-turut.



"Ia terlalu awal, dan saya rasa tidak realistik untuk berfikir bahawa kita akan selesai dengan virus ini menjelang akhir tahun.



"Tetapi saya rasa apa yang kita boleh selesaikan, jika kita bijak, adalah kemasukan ke hospital, kematian dan tragedi yang berkaitan dengan pandemik ini," katanya.



Menurutnya, memberi vaksin kepada pekerja penjagaan kesihatan barisan depan dan mereka yang paling mudah terjejas dengan penyakit teruk akan menghilangkan rasa takut yang timbul daripada pandemik itu.



Namun beliau menambah bahawa kemajuan baru-baru ini tidak patut diambil sambil lewa dan "kini virus itu sangat di bawah kawalan".



Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata jumlah kes baru meningkat minggu lalu di Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan Mediterranean timur.



"Ini menghampakan, tetapi tidak mengejutkan.



"Ada diantaranya kelihatan disebabkan langkah kesihatan awam yang dilonggarkan, penularan varian yang berterusan, dan orang ramai tidak berhati-hati.



"Vaksin akan membantu menyelamatkan nyawa, tetapi jika negara hanya bergantung kepada vaksin, mereka sedang membuat satu kesilapan. Langkah kesihatan awam asas kekal sebagai asas respons itu," katanya.



Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove menambah bahawa jika terdapat sesuatu yang boleh diambil daripada minggu lalu, ia adalah virus itu akan bangkit lagi jika orang ramai membiarkan ia berlaku, justeru ia tidak boleh dibiarkan.



Dr Tedros inginkan vaksinasi Covid-19 untuk dijalankan di setiap negara dalam 100 hari pertama tahun 2021, dan ini bermakna tinggal kurang 40 hari lagi.



Beliau menyambut baik suntikan pertama dos pada Isnin yang dihantar menerusi kemudahan perkongsian vaksin Covax global, yang dijalankan di Ghana dan Ivory Coast.



"Ia menggalakkan untuk melihat pekerja kesihatan dalam negara berpendapatan lebih rendah mula diberi vaksin, tetapi ia membawa kekesalan bahawa ini tiba hampir tiga bulan setelah beberapa negara paling kaya sudah mula kempen vaksinasi mereka.



"Dan ia menimbulkan kekesalan bahawa beberapa negara terus mengutamakan memberi vaksin kepada warga dewasa yang lebih muda, lebih sihat yang mempunyai risiko penyakit lebih rendah dalam kalangan penduduknya sendiri sebelum pekerja kesihatan dan warga lebih tua di tempat lain," kata beliau, tanpa memberi nama.



Lagi 11 juta dos vaksin akan dihantar ke negara-negara minggu ini menerusi program Covax, dengan 237 juta dos diperuntukkan bagi 142 ekonomi yang terlibat antara sekarang dengan akhir Mei.



Senarai peruntukan muktamad bagi gelombang pertama dos Covax akan dikeluarkan hari ini (Rabu).



Menyentuh tentang pandangan pasport vaksin Covid-19 yang membuktikan pengunjung telah diimunisasi, Dr Ryan berkata dengan ketiadaan akses universal kepada suntikan, terdapat isu etika dan hak manusia yang serius berkenaan pelaksanaan sekatan ke atas perjalanan berdasarkan itu.



Namun, sedang dos vaksin menjadi lebih tersebar luas, tentunya akan terdapat keperluan untuk mempunyai pertimbangan tentang bagaimana langkah kesihatan awam boleh disesuaikan, tambahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >