Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga ditahan di Louisiana kerana curi senjata api untuk tembak polis

Jul 13, 2016 | 11:47 AM



WASHINGTON: Pihak berkuasa di Louisiana - yang digegarkan dengan tindakan seorang lelaki kulit hitam menembak mati beberapa pegawai polis - berkata pada Selasa (12 Julai) mereka telah menahan tiga pemuda kulit hitam kerana mencuri senjata api untuk digunakan bagi membunuh pegawai polis.



Polis bertindak sekitar 2 pagi pada Sabtu sedang suspek cuba mencuri senjata api dari sebuah kedai pajak, dan pengawasan video menunjukkan ketiga-tiga mereka memecah masuk melalui bumbung, menurut Jabatan Polis Baton Rouge.



Antonio Thomas, 17 tahun, "berkata dia dan tiga lagi suspek mencuri senjata api dan akan mendapatkan peluru untuk menembak pegawai polis", kata satu kenyataan polis.



Dia dimasukkan penjara atas tuduhan pecah masuk dan mencuri senjata api. Tidak jelas apakah suspek keempat dapat melarikan diri.



Lapan senjata api dicuri. Pihak berkuasa telah mendapatkan semula enam daripadanya dan sedang berusaha mencari dua lagi.



Dua lagi suspek - Malik Bridgewater, 20 tahun, dan budak dikenali lelaki berusia 13 tahun yang tidak dikenal pasti - juga dikenakan dakwaan pecah masuk dan mencuri senjata api.



Selain itu, polis turut menahan Trashone Kot, 23 tahun, yang didakwa membeli dua pistol secara haram di jalanan. Dia dikenakan dakwaan memiliki senjata api curian secara haram.



Beribu-ribu orang menunjukkan di seluruh Amerika Syarikat minggu lalu, membantah tindakan pegawai polis menembak mati dua lelaki kulit hitam. Kematian mereka dirakam dalam video mengejutkan yang kemudian menjadi viral.



Seorang daripada mereka, Alton Sterling, ditembak mati dari jarak dekat oleh seorang pegawai polis di Baton Rouge. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >