Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga dituduh berkaitan rancangan serangan pengganasan di Johor

Sep 02, 2016 | 09:11 AM



BATU PAHAT: Tiga lelaki didakwa di mahkamah terlibat dalam merancang serangan pengganasan di sebuah kuil dan beberapa kelab malam di Johor awal tahun ini.



Akbar The Star melaporkan pada Khamis (1 Sep) dua daripada tertuduh, Md Saifuddin Muji, 28 tahun, dan Jasanizam Rosni, 33 tahun, dikatakan merancang tindakan pengganasan antara 26 Jun dan 2 Julai.



Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.



Di mahkamah majistret sama, Mohd Sanusi Satar, 31 tahun, didakwa tidak memberi maklumat mengenai rancangan itu kepada polis.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Julai dan 8 Ogos. Ia membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.



Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga suspek dan perbicaraan kes itu ditetapkan pada 28 Sep



Md Saifuddin juga dikenakan dua tuduhan lain: memiliki bendera hitam tertera tulisan Arab yang ada kaitan dengan ISIS dan memiliki bom tangan.



Dia mengaku bersalah memiliki bom tangan - yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat sekurang-kurangnya enam kali - tetapi tidak membuat sembaran pengakuan bagi tuduhan memiliki bendera tersebut.



Kes tiga orang itu datang selepas polis berkata pada Rabu (31 Ogos) mereka menangkap tiga penyokong tempatan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang merancang beberapa serangan di Kuala Lumpur pada malam Hari Kemerdekaan Malaysia pada hari sama.



Mereka, yang ditahan dalam satu operasi polis antara 27 dan 29 Ogos, didakwa menerima arahan daripada pejuang ISIS warga Malaysia, Muhammad Wanndy Muhammad Jedi, agar menyerang sebuah pusat hiburan, sebuah kuil Hindu dan sebuah balai polis pada Selasa (30 Ogos).



Wanndy dikenali kerana berjuang bersama ISIS di Syria dan dilihat sebagai orang bertanggungjawab mengarahkan serangan bom tangan di sebuah bar di Puchong, di pinggir Kuala Lumpur, pada Jun.



Ia serangan berjaya pertama kumpulan militan di Malaysia. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >