Tiga lagi warga M'sia diculik Abu Sayyaf diselamatkan

TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada Julai tahun lalu diselamatkan pasukan keselamatan Filipina tengah malam kelmarin.

"Fandy Bakran, 27 tahun, Mohd Jumadil Rahim, 24 tahun, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33 tahun, diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu," kata Komander Esscom, Datuk Wan Abd Bari Wan Abd Khalid, lapor Utusan Online semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan