Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga maut dalam tembakan di Florida

Aug 27, 2018 | 12:33 PM



Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, termasuk seorang suspek dalam kejadian tembakan rambang di pertandingan permainan video di Jacksonville, utara bandar Florida hari ini, kata polis.



Ketua Sheriff Jacksonville, Sheriff Mike Williams mengesahkan bahawa ada mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tembakan ketika berlangsungnya pertandingan permainan video Madden 19 American football eSport.



Seorang daripada mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai suspek yang dipercayai bertindak sendirian.



“Kami tiada suspek lain kecuali seorang dalam kes ini dan dia turut terbunuh di tempat kejadian,” katanya.



Williams berkata, tembakan berlaku di dalam sebuah restoran di kompleks hiburan dan beli-belah The Landing tanpa memberikan maklumat terperinci.



Menurut LA Times yang memetik kenyataan seorang peserta profesional Noble eSport, Steven “Steveyj” Javaruski sebagai berkata penembak itu adalah seorang peserta yang turut bertanding dan tewas.



Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump sudah dimaklumkan mengenai insiden itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >