Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga maut, dua hilang akibat ribut di NZ

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



WELLINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila sebuah kapal nelayan karam akibat ribut membadai North Island di New Zealand semalam, menyebabkan huru-hara di bandar terbesar di negara itu, Auckland.



Polis berkata tiga mayat ditemui manakala dua orang hilang selepas kapal nelayan karam di luar pantai terpencil Northland kelmarin dan lima mangsa berada di hospital selepas diselamatkan dari laut bergelora.



Tentera berkata dua pesawat tentera udara dan sebuah kapal perang tentera laut sedang membantu usaha mencari besar-besaran dua orang yang hilang itu.



Ribut itu bergerak ke selatan dan memukul Auckland pagi semalam, dengan hujan 76.8 milimeter dalam sejam di bandar itu, angka rekod kedua tertinggi dalam sejam di Auckland, menurut perkhidmatan kajicuaca rasmi Metservice.



Lebuh raya terputus akibat banjir, sekolah ditutup selepas bilik darjah ditenggelami air dan perkhidmatan feri dihentikan.



Metservice berkata kelompok enam ribut petir sedang menuju ke selatan dan dijangka tiba ke bandar Hamilton petang semalam.



"Ia dijangka disertai hujan lebat dan tiupan angin kencang," katanya, sambil memberi amaran dan menggesa penduduk supaya berlindung di dalam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >