MESIR: Dua suspek militan telah menikam dan mencederakan tiga pelancong dari Austria dan Sweden di sebuah hotel berdekatan bandar peranginan yang terletak di Laut Merah di Hurghada, Mesir, kelmarin.
Kementerian Dalam Negara Mesir berkata pihak keselamatan telah bertindak dengan menembak kedua-dua suspek di mana salah seorang daripadanya mati manakala seorang lagi cedera parah.