Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga taman permainan besar yang menelan belanja RM8 bilion akan dibina di Johor, kata Menteri Besar

Apr 14, 2018 | 02:59 PM



Johor Baru: Johor akan mempunyai tiga taman permainan besar yang menelan belanja sekitar RM8 bilion (S$2.7 bilion) tidak lama lagi, menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 



“Kami ingin menjadi kuasa ekonomi dalam rantau ini pada masa akan datang, dan menjadikan Johor pesaing semua negara termasuk jiran terdekat kita, Singapura,” kata Mohamed Khaled. 



Beliau berkata bahawa negara tersebut terkenal sebagai Harimau Selatan dan tiba masanya bagi harimau untuk menunjukkan taring dan belangnya. 



“Kami tidak ingin hanya menjadi kawasan belakang rumah (backyard) Singapura, kita harus mengejar ‘Singa’ itu,” katanya. 



Mohamed Khaled, yang juga pengerusi negara Barisan Nasional (BN), berkata dalam ucapannya semada pelancaran manifesto bagi PRU14 pada hari ini. 



Beliau menekankan bahawa di bawah manifesto tersebut, yang dipanggil Johor Hi-5, terdapat lima perkara utama dengan sebanyak 230 tawaran bagi warga Johor. 



“Untuk kita mengejar ‘Singa’, kita harus mempertingkatkan sektor pelancongan kita dengan lebih banyak tarikan kerana jika Singapura mempunyai Taman di Persisiran, kita akan bina pusat pelancongan baru di tepi pantai Desaru yang bernilai RM4.5 bilion,” katanya. 

“Di Singapura mereka mempunyai Universal Studion, tetapi di sini kita akan membina taman permainan fiksyen sains pertama dalam dunia berdekatan Legoland,” katanya. 



Mohamed Khaled juga menekankan bahawa BN turut komited untuk membina taman eko-hiburan bernilai RM 2.7 bilion berdekatan kampus Yayasan Pelajaran Johor di Kota Tinggi. 



“Sebaik sahaja semua projek selesai, saya tidak hairan jika ada warga Singapura yang akan datang untuk menikmati prasarana bertaraf dunia di sini,” katanya. 

- THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >