Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Tiga warga China mangsa serangan dengan kereta di selatan Perancis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tiga warga China mangsa serangan dengan kereta di selatan Perancis

Nov 11, 2017 | 02:30 PM

 

 

TOULOUSE (France): Seorang pemandu lelaki ‘sengaja’ merempuh tiga pelajar China di selatan Perancis, berdekatan kota Toulouse pada Jumaat (10 November), mencedera serius seorang daripada mereka, kata seorang pegawai, yang menambah bahawa serangan itu tidak berkaitan dengan pengganasan.

Pemandu berusia 28 tahun itu, yang ditangkap hampir serta-merta selepas insiden itu di kawasan Blagnac ‘sengaja merempuh tiga orang’ dan telah membuat rancangan sejak sebulan lalu, kata pendakwa raya Toulouse Pierre-Yves Couilleau, dalam wawancara dengan BFM TV.

Lelaki itu, yang masih membujang dan tinggal dengan ibunya di Blagnac - kawasan perubahan di pinggir kota - pernah mengalami masalah psikiatri dan dituntut mendapat rawatan di hospital sehingga Disember 2016, kata Couilleau.

Ditanya tentang kaitan lelaki itu dengan pengganasan, Couilleau berkata serangan ini ‘tiada kena-mengena’ dengan perkara itu.

Lelaki itu pernah sekitar 10 kali didapati bersalah bagi jenayah yang tidak berkaitan pengganasan, kata Couilleau. Siasatan akan dilaksanakan oleh polis di kota itu, dan bukan unit cegah pengganasan Paris, kata Couilleau.

Kesemua tiga mangsa,  - dua lelaki dan seorang perempuan, kesemuanya berusia 20-an tahun -  berada di tempat pejalan kaki apabila mereka dirempuh.

 Menurut polis, perempuan itu mengalami kecederaan teruk, tetapi nyawanya tidak dalam bahaya.

Seorang wartawan AFP berkata serangan itu berlaku di depan kampus Blagnac Institut Kajian Sosial.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Perancis Gerard Collomb memuji tindak balas polis, dan berkata ‘siasatan akan menentukan punca perbuatan ini’.

Serangan itu berlaku selang beberapa hari China meminta Perancis ‘memelihara keselamatan’ warganya di sana, yang selalu menjadi mangsa kecurian.

Pada 2 November, sekumpulan 40 pelancong dari China diserang dengan gas pemedih mata dan dirompak di luar hotel tiga bintang di Paris, yang berhampiran Lapangan Terbang Orly.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3