PADANG (Sumatera): Bilangan warga Indonesia yang dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) telah meningkat kepada tiga orang selepas seorang lagi pesakit dimasukkan ke hospital M Djamil di Padang, Sumatera Barat.
"Satu lagi pesakit dari Bukit Tinggi telah dimasukkan ke hospital M Djamil sekitar 5.30 petang," kata ketua perhubungan awam hospital itu, Encik Gustavianof, semalam.