Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga warga Myanmar ditemui dibunuh di Pulau Pinang

Jul 12, 2016 | 02:44 PM



BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Kejiranan Taman Nagasari di Prai, tempat ratusan pekerja asing tinggal bersama penduduk tempatan, digegarkan dengan berita pembunuhan ngeri tiga warga Myanmar.



Mayat pekerja kilang Naing Win, 28 tahun, dan Kyaw Hoe, 33 tahun, ditemui separuh bogel dalam keadaan berlumuran darah di anjung sebuah rumah teres dua tingkat, sementara mayat seorang lagi warga Myanmar berusia 24 tahun, ditemui di luar premis itu.



Naing Win dan Kyaw Hoe dipercayai sedang mandi di anjung untuk mengelakkan beratur di bilik mandi di dalam rumah apabila mereka diserang.



Seorang lagi pekerja kilang Myanmar, berumur 33 tahun, cedera di tulang rusuk serta tangan dan dihantar ke hospital.



Identiti korban ketiga dan mangsa cedera itu belum disahkan oleh polis.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Datuk Razarudin Husain, berkata dalam satu kenyataan bahawa polis menerima laporan mengenai pergaduhan di rumah itu pada kira-kira 6.30 pagi Isnin (11 Jul).



"Siasatan awal mendapati dua mangsa dibunuh semasa satu pertengkaran.



"Mangsa yang mati dan cedera adalah antara 17 pekerja Myanmar yang tinggal di rumah itu, yang digunakan sebagai asrama.



"Kesemua mereka bekerja di kilang berdekatan yang sama. Mangsa yang ditemui di luar rumah tidak tinggal di rumah tersebut.



"Mereka ditemui dengan kecederaan yang dipercayai disebabkan oleh senjata tajam. Bagaimanapun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.



SAC Razarudin berkata polis sedang mencari lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.



Mereka dipercayai melarikan diri dengan menaiki empat motosikal.



Seramai 15 lelaki berusia antara 22 dan 38 tahun, yang tinggal serumah dengan mangsa, ditahan untuk membantu siasatan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >