Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai Laut China Selatan: Keputusan mahkamah timbang tara 12 Julai

Jun 30, 2016 | 09:09 AM



AMSTERDAM: Sebuah mahkamah antarabangsa berkata pada Rabu (29 Jun) ia akan menyampaikan keputusan yang hangat dijangka mengenai kes Filipina terhadap China mengenai Laut China Selatan pada 12 Julai.



Pengumuman itu menerima teguran segera daripada Beijing, yang menolak bidang kuasa tribunal tersebut.



Amerika Syarikat, sekutu rapat Filipina yang mengambil berat tentang tuntutan luas China ke atas Laut China Selatan, mengulangi sokongannya bagi Mahkamah Timbang Tara Tetap berpangkalan di Hague itu dan menggesa huraian secara aman pertikaian tersebut.



Manila mempertikai tuntutan China, yang berdasarkan sejarah, ke atas kira-kira 90 peratus daripada Laut China Selatan, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.



Beberapa negara Asia Tenggara lain mempunyai tuntutan bertindih di laut itu dan pertikaian tersebut mencetuskan kebimbangan konfrontasi ketenteraan yang boleh mengganggu perdagangan global.



Dalam satu kenyataan panjang selepas pengumuman mahkamah itu mengenai tarikh keputusannya, jurucakap Kementerian Luar China, Encik Hong Lei, berkata pendekatan Manila melanggar undang-undang antarabangsa.



"Saya sekali lagi menegaskan mahkamah timbang tara tidak mempunyai bidang kuasa dalam kes itu dan mengenai perkara berkaitan, dan tidak harus mengadakan prosiding atau membuat keputusan," ujarnya.



"Tindakan sepihak Filipina mendaftar kes timbang tara Laut China Selatan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa."



Beliau menambah: "Mengenai isu wilayah dan pertikaian persempadanan maritim, China tidak menerima sembarang penyelesaian pertikaian daripada pihak ketiga, dan tidak menerima sembarang penyelesaian pertikaian yang dipaksakan ke atas China."



Di Manila, setiausaha komunikasi presiden, Encik Herminio Coloma Jr, berkata Filipina "menjangka keputusan adil dan saksama yang akan menggalak keamanan dan kestabilan di rantau ini".



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Cik Anna Richey-Allen, mengulangi sokongan Washington bagi mahkamah itu.



"Kami menyokong resolusi pertikaian secara aman di Laut China Selatan, termasuk penggunaan mekanisme undang-undang antarabangsa seperti timbang tara."



Para pegawai Amerika bimbang China bertindak balas kepada keputusan mahkamah itu, yang dijangka meluas tidak akan berpihak pada Beijing, dengan mengisytiharkan zon pengenalan pertahanan udara di Laut China Selatan, seperti yang berlaku di Laut China Timur pada 2013, dan dengan meningkatkan pembinaan bangunan dan benteng di pulau-pulau buatannya.



Para pegawai Washington berkata selain tekanan diplomatik, respons Amerika terhadap tindakan seperti itu boleh termasuk mempercepat rondaan "kebebasan navigasi" oleh kapal perangnya dan penerbangan oleh pesawatnya dan meningkatkan bantuan pertahanan kepada negara-negara Asia Tenggara. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >