KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat menjadi punca utama Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami tekanan luar biasa dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhir-akhir ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tekanan yang dihadapi Perdana Menteri itu juga semakin berat dengan sikap beberapa ahli Umno yang tidak bertanggungjawab dan tidak tampil untuk memberi sokongan kepada Datuk Najib.