Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Timbalan Speaker Dewan Rakyat harus daripada pembangkang: Azalina

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Parlimen) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan kerusi yang dikosongkan beliau patut diisi oleh anggota parlimen (AP) pembangkang.



Langkah itu akan menjadi peluang terbaik bagi Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meneruskan agenda reformasi parlimen, katanya.



"... patut digantikan oleh anggota parlimen pembangkang, tetapi usulnya harus datang daripada kerajaan.



"Jika usulnya daripada pembangkang, akan ada satu pusingan lagi untuk undi tidak percaya. Gaduh, gaduh, gaduh," katanya dalam satu webinar berkenaan agenda pembaharuan parlimen semalam.



Datuk Azalina berkata itulah peluang terbaik buat perdana menteri baru menghulurkan "tangan memulakan".



"Sebab, macam yang saya cakap berkenaan masa untuk pembaharuan…, pembaharuan ini memakan masa, ia takkan berlaku dalam sehari persidangan, kerana ada banyak rundingan dengan pihak berkepentingan.



"Tapi ini adalah sesuatu yang boleh dicapai," ujarnya, lapor Malaysiakini.



Pada Isnin lalu, Datuk Azalina mengesahkan beliau telah meletak jawatan selaku timbalan speaker Dewan Rakyat yang disandangnya sejak tahun lepas, atas beberapa sebab.



Antaranya sebabnya ialah agar kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat, supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus, katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.



Mantan menteri undang-undang itu turut berkata langkah kerajaan melantik timbalan speaker daripada pembangkang akan mencipta sejarah dalam amalan demokrasi berparlimen Malaysia.



"Jika kerajaan buat begitu, dan jika ia disokong sebulat suara… Saya fikir (ia) akan menjadi sesuatu yang menakjubkan dalam sejarah parlimen kita.



"Kerana kita sedang menunjukkan isyarat yang kita mahu parlimen kita menjadi satu platform yang profesional," tambah Datuk Azalina.



Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, meminta semua AP menamakan seorang calon bagi jawtaan timbalan speakar yang dikosongkan itu.




"... patut (jawatan Timbalan Speaker) digantikan oleh anggota parlimen pembangkang, tetapi usulnya harus datang daripada kerajaan. Jika usulnya daripada pembangkang, akan ada satu pusingan lagi untuk undi tidak percaya. Gaduh, gaduh, gaduh.,"
- Datuk Seri Azalina Othman Said, mantan Timbalan Speaker.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >