Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Timur Australia siap hadapi panas paling tinggi dalam 2 tahun

Risiko kebakaran hutan meningkat, bandar terjejas termasuk Sydney
Mar 07, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Beberapa bahagian timur Australia, termasuk bandar Sydney, kini bersiap sedia untuk berdepan hari paling panas dalam tempoh dua tahun pada Isnin, dengan suhu diramalkan mencecah sekitar 40 darjah Celsius.



Suhu tinggi itu dijangka meningkatkan risiko kebakaran hutan.



Jumlah larangan kebakaran sekarang dilaksanakan bagi beberapa wilayah di kebanyakan New South Wales, negeri yang mempunyai satu pertiga penduduk Australia.



Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran bahaya tinggi hingga melampau.



Pegawai kerajaan berkata kira-kira 34 kebakaran sudah marak di seluruh negeri, dengan empat daripadanya masih belum dapat dikawal.



Sebanyak 33 sekolah awam, kebanyakannya di kawasan pedalaman, sudah ditutup sebelum cuaca panas teruk itu.



"Sekiranya kebakaran bermula, ia akan menyukarkan anggota bomba memadamkan kebakaran kerana api boleh merebak dengan cepat, terutama di padang rumput," kata Cik Angela Burford, pegawai operasi di Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales kepada Australian Broadcasting Corp.



Biro Meteorologi pula menyatakan keadaan panas dan kering berkemungkinan berterusan hingga Rabu ini.



Pantai timur Australia sebelum ini didominasi fenomena cuaca La Nina, yang biasanya dikait dengan peningkatan hujan dan sejak dua tahun lalu ia membawa rekod hujan dan banjir tinggi. Pada 2022, Sydney mencatat hujan tahunan tertinggi sejak 1858.



Minggu lalu, biro cuaca itu menyatakan model iklimnya mencadangkan bahawa La Nina "kemungkinan hampir sampai ke penghujungnya" dan keadaan semula jadi bukan La Nina atau El Nino yang bertentangan berkemungkinan berlaku melalui musim luruh hemisfera selatan.



Australia mengalami ribut La Nina ketiga tahun lalu, menyebabkan banjir besar pada Mac dan Oktober di sepanjang pantai timur yang padat dengan penduduk dan menyaksikan Sydney mencatat tahun paling banyak limpahan hujan dalam tempoh 164 tahun. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >