Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tindakan akan diambil terhadap bekas AG M'sia Tommy Thomas

Mar 19, 2022 | 07:58 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk mengambil tindakan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, jika terbukti ada kesalahan dikesan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terbabit.

"Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan pasukan petugas khas sedang mengambil tindakan termasuk memanggil saksi serta semua pihak terbabit.


"Laporan interim akan dibentang bulan depan. Saya memberi janji kepada perwakilan, jika ada kesalahan dikesan, saya akan pasti ambil tindakan terhadap Tommy Thomas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu (19 Mac), lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Seri Ismail berkata, jaminan itu antara enam perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos lalu dan dilaksanakannya dengan dukungan rakan UMNO dalam Kabinet.  - BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3