Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan antirasuah 'mini Ritz' Saudi cetus ketakutan, hasilkan dana

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



RIYADH: Sejumlah besar wang dirampas dan puluhan pegawai tentera berjawatan tinggi hingga pegawai birokrat rendah diberkas dalam tindakan antirasuah di Arab Saudi sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan media negara.



Tindakan itu disebut sebagai operasi 'mini Ritz', merujuk kepada tindakan 2017 yang mengurung putera dan hartawan di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh atas tuduhan rasuah.



Dalam laporan yang disiarkan dalam media negara, agensi rasmi antirasuah Nazaha berkata pihaknya telah menangkap pesalah rasuah dalam serbuan, dan merampas wang haram yang tersembunyi di loteng, peti besi bawah tanah, dan bahkan di sebuah masjid.



Tindakan itu mengakibatkan penangkapan puluhan orang sepanjang beberapa bulan lalu, dan wang tunai yang dirampas masuk ke dalam dana negara.



Rakyat Arab Saudi digalak menghubungi nombor bebas tol bagi melaporkan sebarang kes rasuah yang disyaki.



"Mesej (kerajaan Arab Saudi) yang disampaikan kepada perasuah ialah "anda tidak akan pergi ke Ritz, anda akan pergi ke penjara betul"," kata seorang pegawai tempatan yang enggan namanya disiar.



"Sesiapa yang mengambil rasuah dan sogokan sekarang bimbang (dan berfikir) 'apakah kami yang akan ditangkap selepas ini?'."



Nazaha melaporkan pada Oktober lalu penangkapan seorang pekerjanya kerana rasuah.



Sudah berdekad Arab Saudi, yang berada di tangga 51 dalam kalangan 180 negara dalam indeks rasuah Transparency International, menghadapi masalah rasuah dan amalan sosial 'wasta' yang berleluasa.



Amalan tersebut merujuk kepada perbuatan menggunakan pengaruh dan hubungan peribadi untuk maju.



Namun, isu itu mendapat sorotan baru sejak November 2017, apabila hotel Ritz-Carlton yang mewah menjadi penjara bagi puluhan elit dalam tindakan besar-besaran yang disifatkan oleh pengkritik sebagai perampasan kuasa oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.



Setelah beberapa minggu ditahan, putera dan ahli perniagaan kaya dibebaskan selepas bersetuju membayar jumlah besar, dengan pihak berkuasa berkata mereka memperoleh lebih AS$107 bilion ($143 bilion).



Tindakan baru-baru ini, yang menyasarkan pegawai pertahanan berjawatan tinggi hingga pegawai perbandaran, kesihatan dan alam sekitar, memperkuat lagi pemerintahan Putera Mohammed, 35 tahun, pewaris takhta yang sudah menguasai semua bidang kuasa utama, kata pemerhati.



Seperti yang dikatakan oleh seorang pemerhati kerajaan, tindakan itu menekankan bahawa "hanya ada satu sheriff di kota".



Putera Mohammed memberitahu Majlis Penasihat Shura bulan lalu bahawa kempen pencegahan rasuah itu telah menghasilkan 247 bilion riyal ($88 bilion) dalam tempoh tiga tahun lalu, sebagai tambahan kepada aset, hartanah dan stok bernilai berbilion.



Tetapi tindakan keras tersebut turut menimbulkan keprihatinan, dengan Human Rights Watch memberi amaran tentang "proses undang-undang tidak adil" dalam sistem kehakiman tidak telus. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >