Tindakan atas WSJ dalam beberapa hari lagi

Najib tunggu nasihat peguam bagi tindakan atas dakwaan seleweng wang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam berkata beliau akan memutuskan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ), berhubung laporan yang mengaitkan beliau dengan dakwaan penyelewengan wang berjumlah AS$700 juta ($943 juta) dalam beberapa hari lagi.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai "cukup jahat", Perdana Menteri berkata beliau telah merujuk perkara tersebut kepada peguamnya dan perbincangan sedang dijalankan bagi memutuskan tindakan selanjutnya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto