Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan Russia di Ukraine mungkin jenayah perang: PBB

Apr 23, 2022 | 06:51 PM



GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menolak kemungkinan tindakan Russia di Ukraine adalah jenayah perang.

PBB menyenaraikan pelaksanaan hukuman mati ke atas orang awam dan tindakan memusnahkan infrastruktur awam antara kesalahan yang memerlukan siasatan.

“Tugas kami hingga kini ialah memperincikan kisah ngeri pencabulan yang dilakukan terhadap orang awam. 

“Selama lapan minggu ini, undang-undang kemanusiaan antarabangsa bukan saja diabaikan, malah nampaknya diketepikan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Cik Michelle Bachelet.

“Angkatan bersenjata Russia secara sewenang-wenangnya membedil dan mengebom kawasan berpenduduk, membunuh orang awam dan memusnahkan hospital, sekolah serta infrastruktur awam lain, tindakan yang mungkin menyamai jenayah perang,” kata jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia, Cik Ravina Shamdasani.

Beliau berkata misi pemantauan hak asasi PBB mendokumentasikan sejumlah 50 orang awam terbunuh di bandar Bucha, dekat Kyiv.  - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >