Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tinggalkan Afghanistan, akhiri perang paling lama

as
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/KABUL: Selepas 20 tahun, akhirnya perang paling lama Amerika Syarikat telah berakhir.



Amerika menyatakan ia telah selesai memindahkan pasukan tenteranya dari lapangan terbang di Kabul, Afghanistan, menurut Pentagon.



Ia mengakhiri konflik selama dua dekad yang bermula selepas serangan pengganasan 11 September 2001.



Selepas pengumuman itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengucapkan terima kasih kepada tentera Amerika.



"Sejak 17 hari lalu, pasukan tentera telah memindahkan anggotanya dalam apa yang disifatkan sebagai pemindahan melalui pesawat yang paling besar dalam sejarah Amerika. Kami memindahkan lebih 120,000 rakyat Amerika, sekutu kami dan warga Afghan,'' kata Presiden Biden.



Beliau menambah mereka telah melakukannya dengan penuh keberanian dan profesionalisme.



Sementara itu, seorang pegawai kanan Taleban mengatakan semalam bahawa pihaknya telah "mencatatkan sejarah" setelah pasukan terakhir Amerika keluar dari negara itu.



"Kami mencatat sejarah lagi. Penjajahan 20 tahun di Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) sudah berakhir," kata Encik Anas Haqqani, seorang pegawai kanan kumpulan itu di Twitter.



"Saya amat gembira bahawa setelah 20 tahun berjihad, berkorban dan melalui keadaan sukar, saya merasa bangga melihat detik-detik bersejarah ini."



Jurucakap Taleban Qari Yusuf berkata yang dilaporkan Al Jazeera TV kelmarin:



"Tentera Amerika yang terakhir telah meninggalkan lapangan terbang Kabul dan negara kita kini memperoleh kemerdekaan sepenuhnya." - Agensi berita.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >