Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tinjauan: 90 peratus belia tidak setuju Muhyiddin digugur

Aug 03, 2015 | 04:45 PM



KUALA LUMPUR: Majoriti daripada 196 divisyen Umno mungkin menyokong keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet, namun hampir 90 peratus belia menentang pengguguran itu.


Dalam analisis terakhir tweet yang dimuat naik Selasa lalu selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin, firma penyelidikan media sosial Politweet mendapat 440 atau 87.65 peratus daripada sekitar 502 pengguna yang ditinjau tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lapor Malay Mail Online hari ini.


Pengguna Twitter, yang dianggarkan berumur antara 18 hingga 30 tahun, kebanyakannya tidak bersetuju dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin kerana mantan Timbalan Perdana Menteri itu meminta jawapan dari Datuk Najib mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," kata firma itu dalam dapatannya.


"Ramai pengguna telah memuji Tan Sri Muhyiddin kerana berani dan jujur, selain melahirkan rasa sayang, hormat, kesedihan dan perasaan kasihan. Ramai pengguna juga melahirkan harapan Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri di masa hadapan," menurut Politweet lagi.


Daripada sekitar 440 pengguna, 195 atau 38.84 peratus bercakap secara umum mengenai pengguguran Tan Sri Muhyiddin, sementara 184 atau 36.65 peratus mengambil peluang untuk mengkritik Datuk Najib, dan ramai juga meminta Datuk Najib meletakkan jawatan sementara ada yang melontar penghinaan terhadap Datuk Najib.


Baki 61 pengguna, juga menggesa Tan Sri Muhyiddin menganjurkan kempen anti Datuk Najib untuk membantah penggugurannya, kata Malay Mail Online lagi.


Beberapa orang juga mencadangkan Tan Sri Muhyiddin supaya menubuhkan partinya sendiri, bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad atau dengan anggota pembangkang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >