Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Tinjauan: Hampir separuh warga Amerika sokong langkah dakwa Trump

Oct 01, 2019 | 02:34 PM

WASHINGTON: Sokongan masyarakat awam untuk mendakwa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semakin meningkat, dan kini hampir separuh warga Amerika menyokong langkah tersebut, menurut dua tinjauan baru. 

Hasil tinjauan yang dikendalikan Universiti Quinnipiac yang dikeluarkan hari ini menunjukkan sokongan terhadap keputusan untuk mendakwa Encik Trump dan memecatnya telah meningkat dari 37 peratus pengundi pada awal minggu lalu kepada 47 peratus dalam tinjauan terkini, yang telah dilakukan dari Jumaat hingga Ahad. 

47 peratus yang lain menyatakan bahawa Encik Trump tidak harus didakwa. 

Dalam tinjauan CNN yang juga telah didedahkan hari ini, sebanyak 47 peratus daripada golongan dewasa di Amerika Syarikat menyokong keputusan tersebut. 

Ini menunjukkan peningkatan dari 41 peratus Mei lalu, apabila rankaian televisyen itu bertanyakan soalan yang sama. 
Kededua tinjauan itu dilakukan selepas Encik Trump membuat panggilan telefon di mana beliau telah mendesak Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk menyiasat mantan timbalan presiden Joe Biden, pesaing calon presiden dari parti Demokrat, dan anaknya Hunter Biden dalam tempoh di mana pemerintah AS menghentikan bantuan tentera kepada Ukraine. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian