Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tok Mat pernah ketuai rundingan minta Zahid berundur: Tajuddin

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa wujudnya usaha untuk mengetepikan presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain tindakan mendapatkan akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Anggota Parlimen (AP) parti itu untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



AP Pasir Salak itu berkata terdapat perjumpaan tertutup yang diadakan di rumahnya itu diketuai oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan (yang juga dikenali sebagai Tok Mat) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (BosKu).



Beliau juga menggesa presiden Umno itu perlu berundur dan memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga Naib Presiden Umno, untuk menjadi nakhoda parti itu.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang media kelmarin setelah hampir seminggu beliau disingkirkan daripada Majlis Tertinggi Umno kerana tidak mengikut pendirian parti.



Mengenai usaha meminta Datuk Ahmad Zahid melepaskan jawatan presiden parti, Datuk Tajuddin berkata langkah itu diambil pada Mei 2020.



Beliau memberitahu bahawa satu memorandum telah disiapkan susulan satu pertemuan yang diketuai Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.



"Masa itu, kita buat satu memorandum minta Ahmad Zahid turun dengan baik demi kepentingan Umno.



"Kita bersetuju buat satu memorandum minta beliau turun dengan cara baik, bukan nak tendang beliau.



"Ketuanya siapa? Tok Mat (Datuk Mohamad), Bosku (Datuk Seri Najib Razak), kita kumpul lebih 130 ketua bahagian bersetuju. Di Perak, 18 ketua bahagian setuju," katanya lagi.



Menurut Datuk Tajuddin lagi, pertemuan berkenaan berlangsung di rumahnya pada Mei 2020.



"Tok Mat setuju, Bosku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot," katanya.



Mengenai usaha mendapatkan SD bagi menyokong Datuk Anwar sebagai perdana menteri, Datuk Tajuddin berkata usaha itu diketuai Datuk Ahmad Zahid, dengan beliau turut digesa menandatangani SD terbabit.



Datuk Tajuddin berkata pendedahan itu dibuat sekarang kerana perkara itu tidak didedahkan presiden Umno itu kepada ahli partinya.



"Saya saksi hidup. Ada diminta tandatangan surat sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



"Kata 'No DAP, No Anwar' tetapi memang ada SD (Umno) sokongan Anwar kepada Istana. Saya diminta tandatangan.



"Mula-mula saya tak nak, tetapi dah masam muka, tandatangan juga," katanya.



Sebelum ini, Datuk Ahmad Zahid secara terbuka telah menafikan menyokong usaha Datuk Anwar menjadi perdana menteri.



Pendedahan Datuk Tajuddin boleh mencetuskan keretakan dalam Umno, yang sudah terbahagi kepada dua kem. - BHM, ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >