Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi tanah runtuh Batang Kali: Operasi mencari dan menyelamat tamat

Dec 25, 2022 | 12:02 PM



HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Batang Kali, ditamatkan secara rasmi, 12 tengah hari Ahad (25 Disember).



Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perkara itu dimuktamadkan selepas kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 31 orang ditemui, lapor laman Harian Metro.



"Pihak polis sudah memuktamadkan 92 mangsa terbabit berdasarkan keterengan pengusaha Father's Organic Farm dan laporan polis diterima daripada waris mangsa. Daripada jumlah itu, 61 terselamat dan 31 lagi dikenal pasti terkorban.



"Semalam pada 4.30 petang, petugas berjaya menemui mangsa terakhir iaitu kanak-kanak lelaki.



"Jadi, selepas kesemua mayat ditemui, kami bersetuju dan bermuafakat untuk menutup operasi SAR pada jam 12 tengah hari Ahad (25 Disember).



"Manakala urusan teknikal akan diteruskan oleh agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); Jabatan Mineral dan Geologi Sains; Majlis Daerah Hulu Selangor," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.



Menurutnya, operasi SAR di sini dijadikan rujukan dan contoh kepada kejadian bencana lain pada masa akan datang.



Operasi SAR di lokasi tragedi diaktifkan sejak 16 Disember lalu selepas pihak Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan kira-kira 2 pagi.



Terdahulu Harian Metro melaporkan mayat kanak-kanak lelaki ditemukan pasukan SAR di lokasi pencarian pada Sabtu.



Ini menjadikan seramai 31 orang disahkan terkorban manakala 61 mangsa berjaya diselamatkan dalam tragedi membabitkan 92 orang.



Penemuan aliran cecair di tebing disyaki cecair mayat oleh pegawai penguasa kanan bomba yang menjalankan kerja operasi SAR di sektor A berjaya menemui mangsa terakhir tragedi itu. - HARIAN METRO



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >