BERLIN: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh, puluhan lagi cedera selepas sebuah lori merempuh pasar Krismas yang sesak di bandar raya ini dalam kejadian yang disyaki sebagai serangan pengganas.
Lori itu dikatakan merempuh sejauh 80 meter ke dalam pasar itu yang sesak dengan warga tempatan dan pelancong.