Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trak rempuh pasar di Berlin, 12 maut

Dec 20, 2016 | 10:37 AM



BERLIN (Jerman) - Sekurang-kurangnya 12 maut apabila sebuah lori merempuh sebuah pasar Krismas yang sesak dengan orang ramai.



Seramai 50 lagi dikatakan cedera di tempat kejadian di luar pasar popular dekat Gereja Peringatan Kaiser Wilhelm itu, sekitar 3 pagi tadi (waktu Singapura).



Lori itu dikatakan merempuh sejauh 80 meter ke dalam pasar itu yang sesak dengan warga tempatan dan pelancong.



Insiden itu mengingatkan kepada kejadian serangan hampir sama pada Julai lalu di bandar Nice, Perancis yang menyebabkan 86 orang terbunuh.



"Saya tak mahu lagi guna perkataan "serangan" walaupun setakat ini ada banyak perkara menjurus ke arah itu," kata Menteri Dalam Negeri, Encik Thomas de Maiziere.



"Lelaki yang memandu lori itu sudah ditahan," kata seorang jurucakap polis sambil menambah penumpang depan bagaimanapun terbunuh.



Pemilik syarikat lori berbangsa Poland, Encik Ariel Zurawski mengesahkan pemandunya tidak dapat dihubungi sejak tengah hari.



Ambulans dan para pegawai bersenjata bergegas ke tempat kejadian setelah pemandu trak itu berhenti di laluan pejalan kaki di pasar yang terletak di kawasan yang popular dengan pelancong.



"Seorang lelaki yang memandu trak itu sudah ditahan polis," seorang jurucakap polis memberitahu AFP.



Dilaporkan oleh akhbar Jerman, Die Welt, yang diterjemahkan oleh Washington Post, pemandu trak itu asal Pakistan dan baharu tiba dan memohon suaka di Jerman.



"Penumpang trak itu bagaimanapun sudah mati."



Sedang para saksi menggambarkan keadaan panik dan ramai yang terbunuh, polis menyatakan sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 50 yang lain mengalami kecederaan - empat daripadanya cedera parah - dalam serangan yang berlaku kurang seminggu sebelum Krismas.



"Kami sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada ia serangan pengganas tetapi kami belum mengetahui motif di sebaliknya," kata seorang jurucakap polis.



Menurut pihak berkuasa, tiada tanda yang menunjukkan "akan ada lebih banyak bahaya di bandar berdekatan Breitscheidplatz," di mana serangan itu berlaku.



Polis menambah pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti sejauh ini yang menunjukkan kerakyatan atau usia lelaki yang ditangkap.



Canselor Jerman, Cik Angela Merkel dengan pantas memberi renspons terhadap tragedi itu, dengan seorang jurucakap beliau, Encik Steffen Seibert memuat naik catatan Twitter: "Kami berduka cita atas kematian mereka yang menjadi mangsa dan berharap mereka yang cedera dapat diberikan bantuan."



Pasar-pasar tradisional Krismas amat popular di bandar-bandar di merata Jerman dan sering disifatkan oleh para pegawai khidmat keselamatan sebagai mudah menjadi sasaran serangan.



"Ia teruk. Kami berada di Berlin untuk menyambut Krismas," kata seorang pelancong Amerika Kathy Forbes.



"Kami juga ingatkan ia lebih selamat berbanding Paris."



Rakyat Australia, Cik Trisha O'Neil memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia, beliau berada hanya beberapa meter dari mana trak tersebut merempuh pasar yang sesak itu.



"Saya hanya nampak sebuah trak hitam yang besar bergerak laju merempuhi pasar dan ramai orang dan kemudian lampu mati dan semuanya musnah.



"Saya mendengar bunyi jeritan dan kemudian kami terdiam seketika. Setelah itu orang ramai mula bergerak dan memberikan bantuan."



Cik O'Neil menambah terdapat "darah dan mayat bergelimpangan".



Sebagai respons terhadap serangan di Berlin itu, Presiden Perancis Encik Francois Hollande berkata: "Perancis turut bersedih dengan rakyat Jerman setelah tragedi itu berlaku di Eropah."



Sementara itu, Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dalam kenyataan menerusi akaun Twitter pada 7.20 pagi wakttempatan berkata: "Hari ini ada serangan ganas di Turkey, Switzerland dan Jerman - dan ia hanya bertambah buruk. Dunia yang bertamadun mesti ubah pemikiran!" - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >