WASHINGTON: "Saya tidak boleh bernafas," adalah kata-kata terakhir Jamal Khashoggi, menurut CNN semalam, memetik sumber yang membaca transkrip rakaman audio mengenai saat akhir sebelum pembunuhan wartawan Arab Saudi itu.
Sumber memberitahu saluran berita itu, transkrip menunjukkan dengan jelas bahawa pembunuhan itu dirancang dan menyatakan beberapa panggilan telefon dibuat untuk memberikan taklimat ringkas mengenai perkembangannya.