Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Transkrip dedah saat akhir wartawan sebelum dibunuh

Dec 10, 2018 | 02:50 PM



WASHINGTON: “Saya tidak boleh bernafas,” adalah kata-kata terakhir Jamal Khashoggi, menurut CNN semalam, memetik sumber yang membaca transkrip rakaman audio mengenai saat akhir sebelum pembunuhan wartawan Arab Saudi itu.



Sumber memberitahu saluran berita itu, transkrip menunjukkan dengan jelas bahawa pembunuhan itu dirancang, dan menyatakan beberapa panggilan telefon dibuat untuk memberikan taklimat ringkas mengenai perkembangannya.



CNN melaporkan, pegawai Turki percaya panggilan dibuat kepada pegawai atasan di Riyadh.



Khashoggi dibunuh sejurus selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.



Rakaman transkrip mengerikan itu termasuk gambaran Khashoggi bergelut dengan pembunuhnya, lapor CNN, dan rujukan bunyi mayat wartawan itu ‘dipotong menggunakan gergaji’.



Transkrip asal disediakan perkhidmatan perisikan Turki, dan CNN melaporkan sumbernya membawa versi terjemahan dan diberi taklimat mengenai siasatan kematian wartawan itu.



Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menolak tuntutan untuk mengekstradisi suspek berkaitan pembunuhan Khashoggi seperti diminta Presiden Recep Tayyip Erdogan. — AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >