Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump akur hormat dasar 'satu China' dalam perbualan bersama Xi Jinping

Feb 10, 2017 | 03:03 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bersetuju akan menghormati dasar "satu China" semasa perbualan telefon pertamanya dengan Presiden China, Encik Xi Jinping.



Ini sekali gus bermakna beliau mengambil langkah memperbaiki hubungan selepas membuat Beijing marah kerana bercakap bersama pemimpin Taiwan.



Encik Trump menambah kemaharan Beijing Disember lalu apabila beliau berkata Amerika tidak semestinya berpegang pada dasar itu. Di bawah dasar tersebut, Washington menerima pendirian China bahawa Taiwan sebahagian daripada 'satu China'.



Satu kenyataan Rumah Putih berkata Encik Trump dan Encik Xi mengadakan perbualan telefon panjang pada Khamis waktu Washington (Jumaat 10 Februari waktu Singapura).



Ia dilakukan beberapa jam sebelum Encik Trump menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, di Rumah Putih dan kemudian di resortnya di Palm Beach, Florida.



"Presiden Trump bersetuju, atas permintaan Presiden Xi, menghormati dasar 'satu China' kami," kata kenyataan itu.



Ini memulihkan dasar lama Amerika, selepas Encik Trump memberitahu Wall Street Journal bulan lalu dasar 'satu China' boleh dirundingkan.



Kedua-dua pihak juga memberi isyarat bahawa dengan isu 'satu China' sudah diselesaikan, mereka boleh mempunyai lebih banyak hubungan normal.



Dalam satu kenyataan berasingan yang dibacakan di televisyen China, Encik Xi berkata Beijing menghargai Encik Trump menegakkan dasar 'satu China'.



"Saya percaya Amerika Syarikat dan China rakan kerjasama, dan melalui usaha bersama kami boleh memajukan hubungan dua hala ke tahap tertinggi baru dalam sejarah," kenyataan itu menukil Encik Xi.



Hanya sedikit atau tiada langsung disebut dalam kenyataan masing-masing itu mengenai isu kontroversi lain - perdagangan dan Laut China Selatan yang dipertikai - dan kedua-dua isu tersebut belum terhurai. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >